Hard Rock Cafe - Penang

Nama: Hard Rock Cafe - Penang

Tema: Rock & Roll memorabilia

Lokasi:
Jalan Batu Feringghi
11100, Penang

Website:
www.hardrock.com/locations/cafes3

Waktu Operasi:
11pagi - 2pagi



Teringin menjadi Rockers dengan cepat? Cepat-cepat laa ke Hard Rock Hotel Penang. Hehehehe.. Hard Rock Cafe Penang ialah cawangan kedua Hard Cafe kat Malaysia. Kenapa Malaysia ada sampai dua? Mesti laa sebab Malaysia ni menarik kan. Jom kita kenal sedikit latar belakang Hard Rock! Hard Rock punya jenama ni asal dari UK, tapi sudah dijual kat syarikat US pada tahun 2006. Untuk Malaysia franchise Hard Rock dimiliki oleh Tan Sri Syed Yusof, teman sepermainan kanak-kanak Sultan Selangor.


Jom kita tengok apa yang ada!

 Macam-macam memorabilia yang ada.

 Live-band pon ada!

Ruang makan yang disediakan cukup selesa.

Khas buat tetamu yang ingin membawa pulang cenderahati.

Ruang makan tingkat atas lebih kepada santai dan tema kerusi tinggi.

Cantik kan?

Jemput makan!

Hot Fudge Brownie


Hickory Smoked Bar-B-Que Combo

Fish & Chips

Bekas untuk dibawa pulang. Tak mampu nak habiskan. Kenyang sangat!

 Jom tengok-tengok!

 Selain ada di dalam cafe, Rock Shop ni pon ada kat luar juga.

Hard Rock Cafe berada di kawasan Hard Rock Hotel.

Hiasan lampu yang begitu cantik. 

Anda mesti ambil gambar disini!

Jom tahu!
*Terima tunai dan kad kredit antarabangsa.


*Makan malam adalah waktu puncak. Pastikan anda membuat tempahan sekiranya tidak ingin beratur lama.


*Keutamaan pada waktu puncak akan diberikan kepada tetamu hotel.


*Saiz makanan adalah besar. Pasti akan dibawa pulang sekiranya anda normal seperti saya. =p


*Lot parkir untuk bukan tetamu hotel adalah sedikit sukar memandangkan lot adalah terhad.


Pernah mengunjungi restoran ini? Tinggalkan komen dan kongsi pengalaman anda bersama pembaca yang lain!