D' Empire Brasserie - Solaris Mont Kiara



Nama: D' Empire Brasserie


Tema: Masakan Itali


Lokasi: 
22, Ground Floor 
Mont Kiara, Jalan Solaris
Off Jalan Duta
50480 KL

Waktu Operasi:

Makan tengahari dan malam


Hari Isnin, tekak terasa hendak makan makanan Itali. Pelik juga tiba-tiba nak makan makanan Itali. Mula laa buat bacaan google dekat restoran Itali mana yang menarik. Selepas beberapa baca blog dan rujuk tripadvisor maka bawa laa cik isteri ke Ciccio Pasticcio di Changkat Bukit Bintang. Sampai sahaja depan kedai, tutup rupanya. Cisss.. Sudah laa redah jalan sesak di Bukit Bintang tutup pula tuh. Perut sudah berbunyi-bunyi memandangkan jam sudah menunjukkan 8 malam. Plan B ialah makan masakan Russia. Pelik kan? Dari Itali ke Russia pula. Maka drive pula ke Mont Kiara untuk makan di Dubrovnik Restaurant @ Solaris. Apa lah malangnya nasib saya, Dubrovnik pun tutup. Mungkin tempat-tempat makan ni kebanyakkannya tutup di hari isnin selepas ramai pelanggan dihujung minggu. Nampak pula satu kedai ni namanya D' Empire Brasserie yang terletak di Solaris Mont Kiara juga. Jom kita cuba! 


D' Empire Brasserie menyediakan makanan ala Itali. Susun atur restoran tampak biasa. Ketika kunjungan saya dan isteri, pelanggan hampir memenuhi ruang dalam restoran. Pekerja tidak ramai dan kebanyakkannya berbangsa Bangladeshi. Pemilik restoran adalah keturunan cina dan merangkap sebagai ketua chef di restoran ini.


Jom tengok apa yang ada!



Ruang makan diluar lebih santai


Jemput makan!

Apple Juice (Rm 9.50) & Carrot Juice (Rm 9.50)

Mushroom Soup (Rm 8) 

Marinara Aglio (Rm 30)

Chicken Bolognese (Rm 26) 

Beef Salami Pizza (Rm 25)


Jom tahu!
*Menerima Tunai dan kad kredit antarabangsa.


*Harga seperti kedai eksklusif tetapi masih tidak sampai ke tahap layanan eksklusif.


*Hanya restoran biasa yang trying to hard nak jadi restoran ala italian.


Pernah mengunjungi restoran ini? Tinggalkan komen dan kongsi pengalaman anda bersama pembaca yang lain!