D' Empire Brasserie - Solaris Mont Kiara



Nama: D' Empire Brasserie


Tema: Masakan Itali


Lokasi: 
22, Ground Floor 
Mont Kiara, Jalan Solaris
Off Jalan Duta
50480 KL

Waktu Operasi:

Makan tengahari dan malam


Hari Isnin, tekak terasa hendak makan makanan Itali. Pelik juga tiba-tiba nak makan makanan Itali. Mula laa buat bacaan google dekat restoran Itali mana yang menarik. Selepas beberapa baca blog dan rujuk tripadvisor maka bawa laa cik isteri ke Ciccio Pasticcio di Changkat Bukit Bintang. Sampai sahaja depan kedai, tutup rupanya. Cisss.. Sudah laa redah jalan sesak di Bukit Bintang tutup pula tuh. Perut sudah berbunyi-bunyi memandangkan jam sudah menunjukkan 8 malam. Plan B ialah makan masakan Russia. Pelik kan? Dari Itali ke Russia pula. Maka drive pula ke Mont Kiara untuk makan di Dubrovnik Restaurant @ Solaris. Apa lah malangnya nasib saya, Dubrovnik pun tutup. Mungkin tempat-tempat makan ni kebanyakkannya tutup di hari isnin selepas ramai pelanggan dihujung minggu. Nampak pula satu kedai ni namanya D' Empire Brasserie yang terletak di Solaris Mont Kiara juga. Jom kita cuba! 


D' Empire Brasserie menyediakan makanan ala Itali. Susun atur restoran tampak biasa. Ketika kunjungan saya dan isteri, pelanggan hampir memenuhi ruang dalam restoran. Pekerja tidak ramai dan kebanyakkannya berbangsa Bangladeshi. Pemilik restoran adalah keturunan cina dan merangkap sebagai ketua chef di restoran ini.


Jom tengok apa yang ada!



Ruang makan diluar lebih santai


Jemput makan!

Apple Juice (Rm 9.50) & Carrot Juice (Rm 9.50)

Mushroom Soup (Rm 8) 

Marinara Aglio (Rm 30)

Chicken Bolognese (Rm 26) 

Beef Salami Pizza (Rm 25)


Jom tahu!
*Menerima Tunai dan kad kredit antarabangsa.


*Harga seperti kedai eksklusif tetapi masih tidak sampai ke tahap layanan eksklusif.


*Hanya restoran biasa yang trying to hard nak jadi restoran ala italian.


Pernah mengunjungi restoran ini? Tinggalkan komen dan kongsi pengalaman anda bersama pembaca yang lain!

Hard Rock Cafe - Penang

Nama: Hard Rock Cafe - Penang

Tema: Rock & Roll memorabilia

Lokasi:
Jalan Batu Feringghi
11100, Penang

Website:
www.hardrock.com/locations/cafes3

Waktu Operasi:
11pagi - 2pagi



Teringin menjadi Rockers dengan cepat? Cepat-cepat laa ke Hard Rock Hotel Penang. Hehehehe.. Hard Rock Cafe Penang ialah cawangan kedua Hard Cafe kat Malaysia. Kenapa Malaysia ada sampai dua? Mesti laa sebab Malaysia ni menarik kan. Jom kita kenal sedikit latar belakang Hard Rock! Hard Rock punya jenama ni asal dari UK, tapi sudah dijual kat syarikat US pada tahun 2006. Untuk Malaysia franchise Hard Rock dimiliki oleh Tan Sri Syed Yusof, teman sepermainan kanak-kanak Sultan Selangor.


Jom kita tengok apa yang ada!

 Macam-macam memorabilia yang ada.

 Live-band pon ada!

Ruang makan yang disediakan cukup selesa.

Khas buat tetamu yang ingin membawa pulang cenderahati.

Ruang makan tingkat atas lebih kepada santai dan tema kerusi tinggi.

Cantik kan?

Jemput makan!

Hot Fudge Brownie


Hickory Smoked Bar-B-Que Combo

Fish & Chips

Bekas untuk dibawa pulang. Tak mampu nak habiskan. Kenyang sangat!

 Jom tengok-tengok!

 Selain ada di dalam cafe, Rock Shop ni pon ada kat luar juga.

Hard Rock Cafe berada di kawasan Hard Rock Hotel.

Hiasan lampu yang begitu cantik. 

Anda mesti ambil gambar disini!

Jom tahu!
*Terima tunai dan kad kredit antarabangsa.


*Makan malam adalah waktu puncak. Pastikan anda membuat tempahan sekiranya tidak ingin beratur lama.


*Keutamaan pada waktu puncak akan diberikan kepada tetamu hotel.


*Saiz makanan adalah besar. Pasti akan dibawa pulang sekiranya anda normal seperti saya. =p


*Lot parkir untuk bukan tetamu hotel adalah sedikit sukar memandangkan lot adalah terhad.


Pernah mengunjungi restoran ini? Tinggalkan komen dan kongsi pengalaman anda bersama pembaca yang lain!

Selamat Hari Raya




Salam buat semua pembaca setia,

Saya selaku penulis empunya blog ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat semua pembaca dan pengunjung blog ini.

Jutaan terima kasih diatas sokongan dan kunjungan anda semua ke blog ini.

Warung Dusun - Kajang Selangor



Nama: Warung Dusun

Tema: Sup Gear Box / Masakan Goreng & Panas

Lokasi:
Lot 6045 Jalan Dusun
Kampung Sungai Ramal Dalam
Kajang, Selangor

No Telefon:
012 - 6227220 / 012 - 6130055

Jom kita tengok apa yang ada!


Suasana dalam restoran

Jemput makan!

Ayam Bistik (Rm 4)

Telur Dadar (Rm 1)

Kailan Ikan Masin (rm 3.50)

Sup Tulang (Rm 6)

Jom tahu!

*Terima tunai

*Layanan kurang mesra.

Pernah mengunjungi restoran ini? Tinggalkan komen dan kongsi pengalaman anda bersama pembaca yang lain!

Thistle Port Dickson - Negeri Sembilan


Nama: Thistle Port Dickson

Tema: Hotel Percutian

Lokasi:
KM16 Jalan Pantai
Teluk Kemang
71050 Si Rusa
Port Dickson

No Telefon:
+606 - 648 2828

Website:

Harga:

Rm320 ++

Jom tengok apa yang ada!




Gambar dari dalam bilik:







Kolam renang infiniti:


Gazebo ini boleh ditempah:



Pantai:


Makanan:
Menarik! Pelbagai pilihan menu masakan melayu dan juga masakan Negeri Sembilan.

Perkhidmatan:
Baik. Kakitangan yang mesra dan sedia membantu.

Jom tahu!
*Terima tunai dan kad kredit antarabangsa.

*Lokasi yang menarik, mudah ke kedai makan dan lokasi lain berdekatan.

*Pantai bukanlah tarikan utama.

*Terdapat kolam renang infiniti yang boleh ditempah untuk kegunaan peribadi yang sangat tersorok untuk sesi intim bersama.

Pernah mengunjungi hotel ini sebelum ini? Kongsi pengalaman anda bersama mereka yang lain dengan meninggalkan comment!

Victoria Station - Station Medan Damansara


Nama: Victoria Station

Tema: House of Fine Steak

Lokasi:
11 - 17 Jalan Setiapuspa
Medan Damansara

No Telefon:
03 - 2093 6888

Jom tengok apa yang ada!


Hiasan "old English"

Hiasan dalam "keretapi"

Menempatkan meja yang banyak

Jom makan!

Jus Tembikai (Rm 5.90)

Jus nenas (Rm 5.90)

Tulang rusuk (Rm 64.90)


Victoria Station Ribeye (52.90)

Roti & mentega (Percuma)

Salad & saus thousand island (Percuma)

Jom tahu!
*Menerima tunai dan kad kredit.

*Parking valet percuma untuk pelanggan.

*Roti dan salad percuma sementara menuggu hidangan siap.

*10% cukai perkhidmatan dan 5% cukai kerajaan.

Pernah mengunjungi restoran ini? Tinggalkan komen dan kongsi pengalaman anda bersama pembaca yang lain!