,
Nama: Saba Restaurant
Tema: Hidangan Timur Tengah
Location:
(Berhadapan Setiawangsa LRT Station)
1-01 Dataran
Setiawangsa, Jalan Jelatek
54200 Kuala Lumpur
Cawangan lain:
*CBD Perdana, Cyberjaya
Website:
Musim nasi arab! Sana-sini orang bercerita pasal nasi arab. Tidak kurang juga makanan-makanan arab yang lain seperti falafel dan kebab. Ini merupakan antara hidangan timur tengah yang agak popular di Malaysia. Apa yang menariknya mengenai Restoran Saba cawangan Setiawangsa ialah restoran ini menghidangkan nasi arab jenis mandy. Nasi mandy sebenarnya nampak lebih cantik dan sedap disebabkan warnanya bercampur warna oren (saffron) dan menggunakan beras basmati dimana beras yang panjang-panjang. Nasi mandy biasanya dihidangkan bersama dalca dan cili tomato. Berbeza dengan nasi khabsah, biasanya ia berwarna kekuningan seperti nasi minyak dan dihidangkan bersama salad dan cili tomato.
Pada tulisan sebelum ini, saya dan cik isteri telah pun mencuba makanan di Restoran Rawsha yang terletak di Bulatan Kg Pandan, Kuala Lumpur. Jadi hari ini merupakan giliran kami untuk mencuba hidangan di Restoran Saba cawangan Setiawangsa untuk membuat perbandingan. Terletak berhadapan stesen LRT Setiawangsa, restoran pasti tidak terlepas dari pandangan anda. Ruang letak kereta yang disediakan juga banyak. Ruang terbuka dikenakan dengan kadar Rm 3 untuk setiap jam dan ruang bawah tanah pada kadar Rm 1 setiap jam.
Hari ini merupakan hari jumaat dan kami tiba sekitar jam 3 petang. Ruang makan tingkat satu restoran ini telah penuh dengan pelanggan. Kami terus ke ruang makan tingkat dua dimana menyediakan ruang lebih luas dan selesa berbanding tingkat bawah

Perkhidmatan agak perlahan jika dibandingkan dengan jumlah pelanggan. Jumlah pekerja juga agak terhad dan mengambil masa untuk memberi menu dan datang semula untuk mengambil pesanan makanan. Rasa mengenai makanan sangat sedap! Perkara yang perlu diberi perhatian ialah saiz hidangan yang besar. Contohnya hidangan ayam panggang bersaiz setengah ekor, nasi yang diberikan boleh dimakan 2-3 orang. Memang besar dan ini hanya lah berharga Rm 17. Jika hendak dibanding dengan Al Rawsha, rasa lebih menarik, harga bagi setiap hidangan juga lebih murah dan sangat berbaloi kerasa Restoran Saba memberikan saiz hidangan yang lebih besar dan banyak. Perkara yang boleh diperbaiki ialah sikap perkerja yang kurang latihan.
Jom tengok apa yang ada!
Jom tahu!
*Menerima tunai dan kad antarabangsa.
*Perkhidmatan agak perlahan dan minuman biasanya akan tiba selepas makanan.
*Saiz hidangan yang besar.
*Sikap pekerja yang perlu lebih latihan.
Pernah mengunjungi restoran ini? Tinggalkan komen dan kongsi pengalaman anda bersama pembaca yang lain.
Pernah mengunjungi restoran ini? Tinggalkan komen dan kongsi pengalaman anda bersama pembaca yang lain.
August 9, 2011 at 8:41 PM
Why dont you try Arabian kitchen at Sek. 20, Shah Alam.
August 11, 2011 at 1:31 AM
Hi Pakuteh,
Thank you for your suggestion. Will give it a try next month.
December 5, 2011 at 11:34 PM
salam,
maaf, saya rasa restoran ni opposite LRT Setiawangsa bukan Jelatek.
January 24, 2012 at 4:57 PM
Salam Carrie-Ma,
Terima kasih atas peringatan anda. =)
August 8, 2012 at 10:27 PM
Kalau pilih ayam half berserta nasi, nasi boleh sampai 3-4 orang makan..
February 28, 2013 at 10:18 PM
no contact ada?
January 28, 2014 at 5:50 PM
sebaiknya promo sekali costing nyer....senang budjet....tq...
June 12, 2014 at 6:10 PM
Memang restoren kegemaran kami sekeluarga. Sedap lazat dan memuaskan selera kami... Pengalaman di restoren stesyen jelatik
June 17, 2014 at 4:11 AM
restoran ni buka pukul brp?