Nama: Avillion Admiral Cove
Avillion Admiral Cove dahulunya Marina Bay yang dahulunya begitu terkenal dengan club house yang ada yatch club. Ada yang kata tempat ini keras dan berhantu. Setakat ini selepas pengambil alihan Avillion dibawah pengurusan baru tidak ada pula dengar cerita-cerita yang tidak sedap ini. Sepanjang pengalaman saya di sini tiada apa yang berlaku. Mungkin sebab saya dan cik isteri tinggal di blok baru (sebelah kanan pada gambar dibawah).
Kawasan sekitar juga cantik dan menenangkan. Kawasan lobi hotel menampak konsep terbuka dan nampak terus barisan kapal-kapal mewah yang diletakkan di situ. Pantai terletak di sebelah kanan hotel dengan ruang yang agak terhadap. Selalunya kawasan istirehat keluarga lebih kepada kawasan sekitar kolam renang.
Tema: Hotel bersama Marina
Lokasi:
5 1/2 Mile, Jalan Pantai
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan
No telefon:
06 - 647 0888
Website:
Avillion Admiral Cove dahulunya Marina Bay yang dahulunya begitu terkenal dengan club house yang ada yatch club. Ada yang kata tempat ini keras dan berhantu. Setakat ini selepas pengambil alihan Avillion dibawah pengurusan baru tidak ada pula dengar cerita-cerita yang tidak sedap ini. Sepanjang pengalaman saya di sini tiada apa yang berlaku. Mungkin sebab saya dan cik isteri tinggal di blok baru (sebelah kanan pada gambar dibawah).
Kawasan sekitar juga cantik dan menenangkan. Kawasan lobi hotel menampak konsep terbuka dan nampak terus barisan kapal-kapal mewah yang diletakkan di situ. Pantai terletak di sebelah kanan hotel dengan ruang yang agak terhadap. Selalunya kawasan istirehat keluarga lebih kepada kawasan sekitar kolam renang.
Bilik penginapan:
Makanan:
Sarapan dihidangkan di Trader's Food Shop pada setiap hari. Kadar yang dikenakan ialah Rm 25++. Pilihan makan yang disediakan sangat terhad. Rasanya tidak berbaloi dengan kadar yang dikenakan.
Kunjungan ke bar Sailor's Drink Shop pada malam hujung minggu juga agak suram. Tiada live-band memandangkan hujung minggu ialah hari cuti bagi band tersebut. Agak pelik mengapa cuti pada hujung minggu yang pastinya ramai tetamu yang datang?
Jom tahu!
*Terima tunai dan kad kredit antarabangsa.
*Makanan tidak begitu menarik dan menyerlah.
*Lokasi hotel yang strategik sekitar kawasan Port Dickson.
*Pantai yang terhad kerana hotel masih bertemakan marina.
Pernah mengunjungi hotel ini? Tinggalkan komen dan kongsi pengalaman anda bersama pembaca yang lain!
No comments:
Post a Comment